Covid-19: Tiada penularan tempatan buat kali ketiga

Dr Noor Hisham menunjukkan isyarat kosong menandakan sifar penularan tempatan ketika sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham menunjukkan isyarat kosong menandakan sifar penularan tempatan ketika sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada kes positif koronavirus (Covid-19) membabitkan penularan tempatan buat kali ketiga selama dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, hanya enam kes positif Covid-19 dikesan melibatkan kes import.

"Tiga kes dikesan menerima jangkitan dari Indonesia, Singapura dua kes dan satu kes dari Mesir membabitkan lima rakyat tempatan dan seorang warga asing yang memasuki negara ini," katanya.

Menurutnya, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sebanyak 8,683 kes.

"Hanya 63 kes masih menerima rawatan di hospital," katanya.

Beliau berkata, dua pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

"Seorang daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 13 kes telah pulih dan dibenarkan pulang hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya adalah 8,499 iaitu bersamaan 97.8 peratus," katanya.

Katanya, tiada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini selama 26 hari berturut-turut sejak 15 Jun lalu.

"Kes kematian kekal pada 121 kes," katanya.