Pas sangkal fitnah terhadap Hadi

Paparan kenyataan palsu berkaitan Pas.
Paparan kenyataan palsu berkaitan Pas.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Pas hari menafikan penyebaran dua berita menggunakan nama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu demonstrasi dan hapus hak istimewa orang Melayu.

Setiausaha Akhbar Abdul Hadi, Abdul Malik Ab Razak berkata pihaknya meneliti kedua-dua berita tersebut.

“Pihak kami meneliti kedua-dua kenyataan tersebut dan menafikan kesahihan dan keabsahan maklumat yang disebarkan itu.

“Pihak kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan media berserta tandatangan Presiden Pas seperti yang tersebar bertarikh 6 Mac 2015.

“Difahamkan keratan akhbar bertarikh 15 September 1985 telah disalah lapor dan dikitar semula oleh pihak tertentu ketika isu ICERD dibahaskan,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Sebelum ini, keratan akhbar dipercayai Utusan Malaysia siaran 1985 bertajuk ‘Hadi : Pas akan hapus hak istimewa Melayu jika berkuasa’ tersebar di media sosial susulan topik mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hangat dibincangkan.

Manakala kenyataan media palsu Presiden Pas yang tersebar dengan kepala surat parti menyebut soal hukum demonstrasi sebagai haram.