X

Kindly register in order to view this article
!

Laporan Al Jazeera: PDRM panggil beberapa individu bantu siasatan

Huzir
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenalpasti beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung portal berita Al Jazeera yang didakwa membuat laporan tidak tepat berkenaan layanan terhadap warga asing ketika negara memerangi pandemik Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya akan memanggil kesemua individu termasuk wartawan yang terlibat dalam laporan berita itu dalam masa terdekat.

"Setakat ini, kita menerima lima laporan polis berhubung isu laporan berita itu," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Huzir berkata, laporan yang tidak berasas dan berat sebelah itu telah menimbulkan kegusaran serta kebimbangan rakyat negara ini.

"PDRM menegaskan bahawa tiada pihak yang terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya ada cubaan daripada pihak tertentu untuk memburukkan imej Malaysia di mata dunia," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi & Multimedia1998.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukit Aman panggil Al Jazeera

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan itu bagi melengkapkan siasatan selepas menerima beberapa laporan polis.

Menurutnya, pihaknya akan meneliti beberapa akta termasuk Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan berhubung siasatan tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus