Wanita maut terjatuh dari rollercoaster

Seorang wanita maut selepas terjatuh daripada permainan rollercoaster di sebuah taman tema di Oise, Perancis pada Sabtu.
Seorang wanita maut selepas terjatuh daripada permainan rollercoaster di sebuah taman tema di Oise, Perancis pada Sabtu.
A
A
A

PARIS - Seorang wanita meninggal dunia selepas terjatuh dari permainan rollercoaster di sebuah taman tema di Oise, Perancis pada Sabtu lalu.

Pihak berkuasa Oise mengesahkan kejadian tersebut yang melibatkan seorang wanita berusia 32 tahun jatuh ketika menaiki Formula 1 Coaster di Parc Saint-Paul.

Kata polis, pasukan keselamatan telah dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun wanita itu disahkan sudah meninggal dunia.

Pada tahun 2009, satu kejadian serupa pernah berlaku di taman tema tersebut dan turut meragut satu nyawa.

Formula 1 Coaster adalah salah satu daripada 45 tarikan yang berada di taman tersebut.

Mengikut peraturan taman tema itu, kanak-kanak dengan ketinggian sekurang-kurangnya empat kaki ke atas boleh menunggang permainan tersebut yang digambarkan sebagai tarikan mesra keluarga.

Sehingga semalam, permainan tersebut telah ditutup kepada orang ramai.

Parc Saint-Paul telah dibuka semula pada 6 Jun lalu mengikut standard operasi (SOP) yang ditetapkan berikutan krisis wabak koronavirus (Covid-19) yang masih melanda dunia. - Agensi

Artikel Berkaitan: