Bukan mudah BN guna lambang lain: Ahmad Shabery

Bukan mudah untuk Barisan Nasional (BN) menggunakan lambang lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Bukan mudah untuk Barisan Nasional (BN) menggunakan lambang lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
A
A
A

SHAH ALAM - Bukan mudah untuk Barisan Nasional (BN) menggunakan lambang lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sejak sekian lama penubuhan BN, lambang parti itu pernah melalui pasang surut.

"Lambang BN banyak melalui pasang surutnya. Namun berubah kepada lambang lain bukanlah suatu yang mudah. Pasti ada keistimewaannya," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Beliau berkata, BN pernah tewas pada tahun 1988 dalam pilihan raya kecil (PRK) Johor Bahru melibatkan tokoh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad yang bertanding sebagai calon Bebas bagi menentang BN dengan menggunakan lambang kunci ketika itu.

Katanya, Shahrir menang dengan majoriti lebih 12,000 dan kekalahan BN telah merosakkan imej UMNO serta BN pada masa terse

"'Brand' UMNO dan BN rosak ketika itu, hinggakan calon Bebas berlambangkan kunci pun boleh menang. Ia mengambil masa untuk pulih.

"PRU ke-14, sekali lagi lambang BN rosak. Namun ia hanya mengambil masa setahun untuk pulih. Sejak 2019 lambang BN diuji berkali-kali. Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis dan terkini, Chini, lambang ini mendapat kemenangan besar," kata beliau.

Artikel Berkaitan: