Gempa 6.7 magnitud gegar tengah Indonesia

No Image Caption
A
A
A

JAKARTA - Gempa bumi dasar laut berukuran 6.7 magnitud melanda wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada Selasa namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi meteorologi dan geofizik negara itu.

Gegaran utama berlaku pada jam 12.10 malam waktu Jakarta (0510 GMT) dengan pusat gempa di 120 kilometer barat daya wilayah Sumba Barat pada kedalaman 10 kilometer, kata kakitangan agensi itu Priyo Budi ketika dihubungi Xinhua.

"Berdasarkan pemerhatian kami setakat ini tiada potensi tsunami," katanya.

Kekuatan gempa itu dirasai pada skala 3 MMI (Modified Mercalli Intensity) di bandar Waingapu di wilayah terbabit serta di pekan Bima dan Sumbawa di tenggara barat.

Terdahulu seorang lagi pegawai agensi itu Aziz Sugiarso berkata gegaran pada skala 4 dan 5 MMI dirasai di Tambolaka dan 3 MMI di Waingapu.- Bernama

Artikel Berkaitan: