Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Hokkaido, Jepun

No Image Caption
A
A
A

TOKYO - Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda sebahagian wilayah utara Jepun, Hokkaido pada Ahad.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gegaran berlaku pada 6.55 petang waktu tempatan pada kedalaman 140 kilometer.

Pusat gempa terletak di Urakawa pada latitud 42.5 darjah utara dan longitud 142.0 darjah timur.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Xinhua. - Bernama.