Lelaki maut kereta masuk gaung

Sebuah kenderaan jenis Honda CRV terbabas ke dalam gaung di Kampung Sungai Ular, Kulim pagi tadi.
Sebuah kenderaan jenis Honda CRV terbabas ke dalam gaung di Kampung Sungai Ular, Kulim pagi tadi.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki maut apabila kereta pacuan empat roda jenis Honda CRV yang dipandu terbabas ke dalam gaung di Kampung Sungai Ular, Kulim dekat sini pagi hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa, Wan Syazwi Wan Ahmad Basharuddin, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan kemalangan jalan raya kira-kira jam 8.25 pagi.

"Setibanya di lokasi, sebuah kenderaan jenis Honda CRV didapati terbabas ke dalam gaung namun tiada mangsa yang tersepit dalam kereta berkenaan.

"Pasukan bomba menjumpai mangsa kira-kira lima meter dari lokasi kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihaknya menggunakan pengusung untuk mengangkat mangsa ke bahu jalan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: