Tiga suspek bunuh direman tujuh hari

Ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Marang hari ini.
Ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Marang hari ini.
A
A
A

MARANG - [DIKEMAS KINI] Tiga suspek kes bunuh seorang lelaki di Kampung Bukit Gasing, di sini, ditahan malam tadi bagi membantu siasatan.

Dua suspek adik-beradik masing-masing berusia 25, 33 manakala seorang lagi berusia 27 ditahan serentak di sekitar daerah ini pada jam 8 malam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd Zain Dris berkata, punca kejadian dikatakan daripada hutang.

"Ibu mangsa ada menyebut mengenai hutang namun kita masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN - Ibu sangka suara jeritan jiran

"Pemeriksaan terhadap mangsa tidak menemui sebarang kecederaan dipukul objek tumpul namun ada kesan calar. Kita masih lagi menunggu hasil bedah siasat," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di sini hari ini.

Sementara itu, Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan tiga suspek direman selama tujuh hari sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN - Sempat ceritakan pada ibu sebelum rebah

Media semalam melaporkan seorang jurukimpal maut dipercayai dibelasah tiga lelaki di Kampung Bukit Gasing.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa dikenali Ahmad Farid Mohammad, 28, dikatakan sempat menceritakan kepada ibunya, Zaleha Muda, 51, sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Artikel Berkaitan: