Kerajaan haramkan buku hina Jata Negara

Kerajaan mengharamkan buku bertajuk 'Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia' selepas didakwa menghina Jata Persekutuan pada kulit hadapannya.
Kerajaan mengharamkan buku bertajuk 'Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia' selepas didakwa menghina Jata Persekutuan pada kulit hadapannya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan mengharamkan buku bertajuk 'Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia' selepas didakwa menghina Jata Persekutuan pada kulit hadapannya.

Menerusi Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Julai dan disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara, pengharaman terhadap buku tersebut diambil mengikut Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) 2020.

Dalam warta itu, buku tersebut dilarang dicetak, diimport, dihasilkan dan diterbitkan semula, dijual, diedar dan dimiliki.

Buku yang diterbitkan oleh syarikat strategik dan pembangunan penyelidikan yang beralamat di Petaling Jaya itu dipercayai boleh memudaratkan ketenteraman awam.

"Mana-mana undang-undang dan yang mungkin memudaratkan kepentingan negara adalah dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia," kata warta itu.

Baru-baru ini, buku tersebut tular di laman Facebook selepas muka hadapannya memaparkan lukisan mirip Jata Negara dengan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.

Difahamkan buku berkenaan telah terjual lebih 300 naskhah.

Setakat ini, polis sudah menerima 32 laporan berhubung perkara itu.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Jata Negara: Polis serbu syarikat, rampas 313 naskah