Rindu ke masjid akhirnya terubat

Yahya (tengah) bersama barisan AJK Masjid Al-Irfan Derga menunjukkan kad untuk kebenaran solat diperkenalkan mereka demi memastikan anak kariah yang mematuhi SOP dibenarkan solat di masjid itu.
Yahya (tengah) bersama barisan AJK Masjid Al-Irfan Derga menunjukkan kad untuk kebenaran solat diperkenalkan mereka demi memastikan anak kariah yang mematuhi SOP dibenarkan solat di masjid itu.
A
A
A

ALOR SETAR - Kerinduan kariah untuk mengimarahkan masjid terubat selepas dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan solat lima waktu berjemaah di Masjid Al-Irfan Derga di sini sejak minggu lepas.

Jemaah, Azmi Ahmad, 71, berkata, dia gembira apabila Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang mengumumkan perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang membenarkan solat berjemaah diadakan di semua masjid.

"Rindu teramat untuk ke masjid. Jadi, saya amat seronok apabila dibenarkan untuk kembali mengimarahkan masjid dan menunaikan solat Jumaat dan lima waktu berjemaah sejak minggu lepas.

"Sebelum ini, saya solat di rumah di Taman Nilam dekat sini disebabkan hanya ahli jawatankuasa (AJK) masjid dibenarkan bersolat di masjid tetapi sekarang anak kariah turut berpeluang menunaikan solat di masjid ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.