Lebih sebulan Ying Yen hilang

Ying Yen dilaporkan hilang selepas keluar bertemu rakan pada 17 Mei lalu.
Ying Yen dilaporkan hilang selepas keluar bertemu rakan pada 17 Mei lalu.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Sekinchan Jaya di sini untuk bertemu rakan pada 17 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, Cheah Ying Yen, 19, dilaporkan hilang pada jam 1.30 tengah hari selepas meminta izin daripada bapanya untuk keluar bertemu dengan seorang rakan.

Menurutnya, bapanya, Cheah Chio Khiang, 51, tidak mengenali rakan anaknya itu menyebabkan usaha mengesan anak sulung daripada dua beradik berkenaan sukar.

"Bapa mangsa memaklumkan keluarga bimbang sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan anak perempuan mereka yang tidak pulang lebih sebulan lalu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, bapa mangsa juga telah membuat laporan di Balai Polis Sekinchan pada 18 Mei lalu.

"Orang ramai yang menemui Ying Yen supaya menghubungi Sarjan Tajul Ariffin Md Jali di talian 013-2911991 atau keluarga mangsa 014-3302287," katanya.

Artikel Berkaitan: