X

Kindly register in order to view this article
!

18 maut pertempuran antara tentera, Houthi

Kelihatan tentera Houthi bersorak selepas bertempur dengan tentera di Yaman. - Foto Sumber Internet.
A
A

MARIB - Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh termasuk dua tentera dalam pertempuran antara tentera dan Houthi di wilayah Marib dan Al Hudaydah pada Isnin, lapor agensi berita Anadolu.

Tentera Houthi menyerang daerah Hays di bahagian selatan Al Hudaydah, kata pejabat akhbar Briged Tentera al-Amalika dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, pasukan tentera Yaman bertindak balas dan meneutralkan sembilan anggota militia.

Pertempuran turut berlaku antara kumpulan bersenjata yang menyokong Houthi dan tentera kerajaan di daerah Hashia, wilayah Marib.

Dalam pertempuran itu, tujuh anggota kumpulan bersenjata dan dua tentera terbunuh.

Yaman terus dicengkam keganasan sejak tahun 2014, apabila kumpulan Houthi menguasai banyak negeri dan kawasan termasuk ibu kota Sana'a. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus