Makkah alami zaman kelembapan ekonomi

Gambar fail menunjukkaan keadaan Kaabah yang lengang akibat Covid-19 di Mekah, Arab Saudi. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkaan keadaan Kaabah yang lengang akibat Covid-19 di Mekah, Arab Saudi. - Foto AFP
A
A
A

MAKKAH - Kawasan-kawasan keagamaan yang kosong. Khemah jemaah haji yang ditinggalkan. Suasana kekosongan yang mengejutkan.

Berlaku juga kebimbangan tentang ekonomi yang merosakkan menghantui kota Makkah selepas Arab Saudi mengehadkan jemaah haji berikutan pandemik koronavirus (Covid-19).

Pada kebiasaannya, Makkah menjadi tuan rumah kepada berjuta-juta jemaah haji yang mengerjakan ibadat itu pada setiap tahun.

Namun, Arab Saudi kini melarang umat Islam dari luar negara untuk menunaikan haji pada tahun ini yang dijadualkan bermula pada bulan Julai ini.

Ibadat haji dan umrah memberikan hasil pendapatan AS$12 bilion (RM51.42 billion) sekali gus merancakkan ekonomi di Makkah iaitu tempat tinggal dua juta penduduk yang berlatar belakangkan sebuah menara pencakar langit di kawasan paling suci untuk umat Islam.

Kemuncak pembinaan sejak beberapa tahun lalu telah menambahkan pusat beli-belah, apartmen dan hotel-hotel mewah yang sebahagiannya menawarkan pemandangan indah Kaabah iaitu struktur yang berbentuk kiub di Masjidilharam iaitu kiblat untuk umat Islam bersolat.

Bagaimanapun, kebanyakan premis lain kosong sejak pandemik Covid-19 melanda negara beraja itu.

Virus itu yang melanda Makkah juga menjejaskan perniagaan yang bergantung dengan jemaah haji dan umrah yang menyokong ratusan ribu pekerjaan serta kedai-kedai cenderamata.

Artikel Berkaitan:

Kebanyakannya diberhentikan kerja, gaji dipotong dan ada pembayaran gaji yang ditangguhkan.

"Sifar penjualan, pendapatan pun zero," kata seorang pekerja Mesir, Ahmed Attia, 39, yang bekerja dengan sebuah agensi pelancongan di Makkah.

"Kami tidak pernah melihat Mekah kosong. Bagi Makkah, ia menjejaskan," tambahnya.

Tsunami pembatalan turut menjejaskan pembatalan operasi pengendali haji yang menguruskan hal-hal logistik para jemaah kebanyakannya melabur wang simpanan untuk ibadat haji selama lima hari.

Sebelum ini, pihak berkuasa Arab Saudi telah menggantung ibadat umrah pada bulan Mac lalu.

Ibadat itu boleh dilakukan pada bila- bila masa.

Khemah untuk jemaah haji tahun ini kosong selepas Arab Saudi mengehadkan kurang 10,000 umat Islam boleh menunaikan haji.
Khemah untuk jemaah haji tahun ini kosong selepas Arab Saudi mengehadkan kurang 10,000 umat Islam boleh menunaikan haji.

Pihak berkuasa kemudian mengumumkan ia hanya boleh menerima tidak sampai 10,000 umat Islam yang berada di negara itu untuk mengerjakan ibadat haji.

Jumlah itu adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan 2.5 juta jemaah haji pada tahun lalu.

"Ia akan menjadi satu majlis yang simbolik. Ia membenarkan negara beraja ini menyatakan kami tidak membatalkan (musim) haji seperti jangkaan ramai," kata seorang pegawai Asia Selatan.

Arab Saudi menegaskan ibadat haji kali ini juga dibuka kepada umat Islam pelbagai negara tetapi dengan sayarat sudah berada di negara tersebut.

Bagaimanapun, proses pemilihan untuk jemaah haji itu dijangka menghadapi persaingan sengit kerana sebahagian penduduk Makkah dijangka diberikan keutamaan.

"Saya telah menunaikan haji sebelum ini dan berharap pada tahun ini, saya merupakan antara jemaah haji yang pertama," kata Marwan Abdulrahman iaitu penduduk Arab Saudi yang tinggal di Makkah.

Ramai yang bimbang ibadat haji itu yang menempatkan ramai umat Islam di kawasan keagamaan yang kecil akan menjadi sumber jangkitan penyakit terbesar.

Pandemik Covid-19 telah melanda negara beraja ini dengan jumlah kes tertinggi di rantau Teluk dengan lebih 178,000 kes jangkitan.

Namun, pengurangan jemaah haji akan menjejaskan lagi kelembapan ekonomi Arab Saudi, kata beberapa penganalisis.

Ia diikuti dengan penurunan harga minyak dan kerugian akibat Covid-19 yang menyebabkan tercetusnya langkah berjimat-cermat termasuk menaikkan cukai tambah nilai dan pengurangan elaun kakitangan awam.

Keputusan ibadat haji itu memburukkan lagi kesukaran ekonomi Arab Saudi, kata penganalisis Asia Barat, Richard Robinson kepada agensi berita AFP.

Pada Rabu lalu, Tabung Kewangan Antarabangsa memberi amaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Arab Saudi akan berkurangan sehingga 6.8 peratus pada tahun ini.

Ia merupakan prestasi terburuk sejak krisis harga minyak pada tahun 1980-an.

Sementara itu, syarikat pembinaan The Saudi Binladen yang terkenal kerana membina projek-projek mega gagal membayar gaji ribuan pekerjanya sejak beberapa bulan lalu, menurut satu sumber rapat kepada syarikat tersebut dan pekerja yang membuat aduan tentang perkara berkenaan di media sosial.

Tanda pagar dalam bahasa Arab yang bermaksud #Gaji Tertunda Binladen telah menjadi daya tarikan di internet.

Keadaan itu berlaku ketika terdapat kesan yang dialami syarikat tersebut di belakang beberapa buah projek yang kritikal termasuk pembinaan sebuah bangunan pencakar langit bernilai AS$15 bilion (RM64.28 bilion) berhampiran Masjidilharam.

Syarikat itu menyewa sejumlah jet peribadi untuk membawa ramai pekerja Asia Selatannya yang diberhentikan kerja untuk pulang, menurut sumber.

Namun, syarikat itu tidak memberikan reaksi ketika diminta memberikan komen.

Kemerosotan ekonomi telah menjejaskan cita-cita Riyadh untuk membina industri pelancongan yang bermula daripada tiada apa-apa kepada program pembaharuan tahun 2030 sebagai cara untuk mengurangkan pengantungan kepada minyak.

Negara itu buat pertama kalinya mengeluarkan visa pelancong pada September tahun lalu sebagai langkah untuk membuka Arab Saudi kepada pelancongan global.

"Ketika Arab Saudi kini berusaha untuk mempelbagaikan pelancongan melebihi pelancongan keagamaan, negara itu masih lagi membina (sektor pelancongan) daripada (ibadat haji)," kata Kristin Diwan daripada Instirut Negara-Negara Arab Teluk. - AFP