Bungkus dadah: Polis tahan dua pasangan kekasih

No Image Caption
A
A
A

LANGKAWI - Polis menahan dua pasangan kekasih, disyaki pengedar dadah semasa membungkus bahan larangan itu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, keempat-empat suspek berumur antara 24 dan 43 tahun itu ditahan dalam serbuan Op Tapis di sebuah bilik sewa di sini kira-kira 12.15 tengah hari.

“Sebaik memecahkan pintu bilik sewa berkenaan, anggota melihat dua wanita bersama pasangan kekasih mereka sedang membungkus dadah yang dipercayai untuk diedarkan.

“Keempat-empat suspek kemudiannya cuba melarikan diri dengan merempuh anggota polis namun berjaya ditahan. Hasil serbuan telah menjumpai dadah dipercayai jenis heroin seberat 16.02 gram dan syabu seberat 0.14 gram dianggarkan bernilai RM1,306.80," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, saringan awal air kencing juga mendapati keempat-empat suspek positif dadah jenis morfin.

“Semakan mendapati tiga suspek, dua lelaki dan seorang wanita itu memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Semua ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditahan reman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: