9 lagi mayat ditemukan di kubur besar di Tarhuna

 Sembilan lagi mayat tidak dikenali ditemukan di tanah perkuburan besar di bandar Tarhuna, Libya.
Sembilan lagi mayat tidak dikenali ditemukan di tanah perkuburan besar di bandar Tarhuna, Libya.
A
A
A

TRIPOLI - Sembilan lagi mayat tidak dikenali ditemukan di tanah perkuburan besar di bandar Tarhuna, Libya, lapor agensi berita Anadolu memetik pegawai pada Ahad.

Pengerusi Pihak Berkuasa Libya untuk mencari dan mengesan orang hilang, Kamal Al-Siwi berkata, setakat ini sebanyak 19 mayat sudah ditemukan sejak operasi bermula pada 5 Jun lalu.

Tarhuna, terletak kira-kira 90 kilometer di selatan ibu kota Tripoli, kubu terakhir militia terletak di barat Libya, dikuasai tentera yang setia kepada Jeneral Khalifa Haftar, sebelum ditawan semula pada awal Jun oleh pasukan bersekutu, berpangkalan di Tripoli.

Pihak berkuasa Libya awal bulan ini mengumumkan usaha di peringkat antarabangsa sedang dilakukan untuk menubuhkan jawatankuasa pencarian fakta bagi menyiasat pencabulan militia Haftar termasuk menanam periuk api dan menggali kubur masa serta pelanggaran lain di Tripoli dan Tarhuna.

Tentera Libya baru-baru ini melancarkan serangan ke atas Haftar dan berjaya menawan semula Tripoli dan Tarhuna di samping lokasi strategik lain termasuk pangkalan udara Al-Watiya.

Pihak bersekutu yang disokong antarabangsa sering diserang pasukan Haftar sejak April 2019 menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh. - Bernama

Artikel Berkaitan: