X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga mati, seorang buta akibat minum cecair pembasmi kuman

Gambar hiasan
A
A

SANTA FE - Tiga individu dilaporkan meninggal dunia manakala seorang lagi buta selepas bertindak meminum cecair pembasmi kuman mengandungi racun di New Mexico, lapor pihak berkuasa.

Jurucakap Kesihatan Negeri berkata, kejadian tersebut berlaku apabila tujuh individu dilaporkan bertindak meminum cecair yang berasaskan alkohol tersebut untuk memabukkan diri mereka.

"Kejadian tersebut dilaporkan pada bulan Mei dan punca kematian dipercayai kerana bahan kimia beracun, metanol yang ditemui dalam sampel cecair pembasmi kuman tersebut.

"Tiga lagi individu turut dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang mendapatkan rawatan di hospital," katanya.

Bagaimanapun, perincian mengenai kesemua mangsa dan tempat kejadian masih belum dikeluarkan.

Terdahulu, Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat memberi amaran agar tidak menggunakan produk yang dikeluarkan oleh Eskbiochem SA kerana kemungkinan mengandungi metanol.- Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!