Mayat wanita tanpa identiti ditemui di Miri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MIRI - Seorang wanita dipercayai warga asing ditemui mati terbaring di atas jalan di tepi sebuah bangunan di Tanjung Lobang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, mayat wanita itu telah dijumpai jam 3.05 pagi oleh orang awam yang terus menghubungi polis.

"Berdasarkan pemeriksaan pegawai perubatan yang tiba di lokasi, wanita berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Identiti wanita maut itu masih belum dikenal pasti namun dipercayai warga asing dalam lingkungan 20-an,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari bilik tidur di tingkat atas bangunan tersebut dan tiada sebarang unsur jenayah.

Menurutnya, setakat ini kes kematian mangsa diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.- Bernama

Artikel Berkaitan: