X

Kindly register in order to view this article
!

Lamborghini terbakar di Bukit Bintang

Lamborghini mengalami kerosakan teruk selepas terbakar di Pavilion Residences, Bukit Bintang, hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kereta mewah Lamborghini yang diparkir di tingkat satu Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan Bukit Bintang di sini terbakar awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, panggilan kecemasan diterima jam 2.40 pagi dan menghantar dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pudu dengan bantuan BBP Jalan Tun Razak ke lokasi.

Menurutnya, seramai 14 anggota bomba diketuai Komander Operasi, PBK II Mohd Rozi Jusoh terlibat operasi memadamkan kebakaran kereta mewah itu.

"Sebanyak 40 peratus bahagian hadapan terbakar.

"Namun kejadian tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran masih disiasat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus