X

Kindly register in order to view this article
!

Tolak politik tipu helah, kata Anwar

Anwar Ibrahim
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya politik tipu helah ditolak dalam satu hantaran di laman Facebooknya malam ini.

Menurut beliau, politik tidak sekadar perebutan kuasa tetapi juga tentang bagaimana ia mahu diterjemahkan.

"Untuk membela rakyat atau sekadar meneruskan sistem lama yang lapuk dan usang?" soal beliau dalam laman sosial rasmi Ahli Parlimen Port Dickson itu.

ARTIKEL BERKAITAN - Anwar, Mukhriz TPM sekiranya Shafie calon PM: Tun M

Dipercayai hantaran itu dibuat susulan daripada pengumuman oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencalonkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH).

Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat tidak rasmi pimpinan PH, Warisan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Keputusan mencalonkan Shafie dibuat secara sebulat suara.

Mesyuarat tidak rasmi itu juga bersetuju untuk mencalonkan masing-masing Anwar dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri I dan Timbalan Perdana Menteri II.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!