Pengawal Diraja wanita Arab Saudi jadi kebanggaan

Peranan Pengawal Diraja Arab Saudi wanita adalah untuk mengiringi delegasi wanita dan urusan penting membabitkan wanita. - Foto: Agensi
Peranan Pengawal Diraja Arab Saudi wanita adalah untuk mengiringi delegasi wanita dan urusan penting membabitkan wanita. - Foto: Agensi
A
A
A

RIYADH - Pengguna media sosial di Arab Saudi semalam menzahirkan rasa bangga dan gembira selepas sekeping gambar memaparkan seorang wanita menjadi Pengawal Diraja bersama rakannya di pejabat kerajaan berprofil tinggi.

Kapsyen foto itu yang dimuat naik Putera Sattam Khaled al-Saud di Twitter menyatakan salah satu tugas Pengawal Diraja adalah untuk melindungi keselamatan kepada raja dan tetamu baginda ketika majlis rasmi dan persidangan.

Difahamkan peranan wanita sebagai Pengawal Diraja adalah untuk mengiringi tetamu atau delegasi wanita dan berurusan dengan mereka untuk perkara penting.

Transformasi itu adalah di bawah inisiatif yang menjadi sebahagian Visi 2030 yang diumumkan kerajaan di bawah kepimpinan Putera Mahkota, Mohammed Salman pada Oktober 2019 yang membolehkan golongan wanita menyertai pasukan tentera.

Ia juga membenarkan wanita dinaikkan pangkat sehingga peringkat anggota kanan.

Ketika ini, golongan tersebut juga sudah diberikan peluang untuk memegang jawatan barisan hadapan keselamatan awam termasuk di Direktorat Umum Narkotik. - Agensi

Artikel Berkaitan: