Penduduk Palestin terima bantuan RM429

Penduduk Palestin menerima bantuan wang yang disalurkan Qatar di Genting Gaza. - Foto: AFP
Penduduk Palestin menerima bantuan wang yang disalurkan Qatar di Genting Gaza. - Foto: AFP
A
A
A

GENTING GAZA - Penduduk Palestin di Genting Gaza hari ini mula menerima bantuan wang berjumlah AS$100 (RM429) di bawah program dana yang disalurkan Qatar.

Pembayaran itu dibuat sehari selepas Kementerian Komunikasi Hamas mengesahkan ia telah menerima bantuan berjumlah AS$30 juta (RM129 juta) dari Doha.

"Satu pertiga daripada wang bantuan itu akan diagihkan kepada kira-kira 100,000 keluarga Palestin yang memerlukan," katanya.

Sejak pagi semalam, ratusan penduduk Palestin dilihat beratur panjang di pejabat pos di Genting Gaza untuk menerima wang bantuan tersebut.

Pada November 2018, Israel membenarkan jutaan dolar bantuan kewangan dari Qatar disalurkan ke Gaza yang berdepan kepungan haram rejim Zionis sejak 2007.

Menurut PBB, kira-kira 80 peratus penduduk Palestin di Genting Gaza terpaksa bergantung kepada bantuan antarabangsa untuk meneruskan kehidupan harian mereka. - AFP

Artikel Berkaitan: