SPRM kesan empat lelaki bantu kes rasuah

Antara individu yang dikesan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
Antara individu yang dikesan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan berkaitan tiga kes rasuah.

Menurut satu kenyataan media, dalam kes pertama, Bahagian Operasi Khas sedang mengesan Sabana Maraleh, 43, yang mempunyai dua alamat terakhir di Kampung Sisipan dan Rumah Kediaman Kampung Taman Hatib, Semporna Sabah.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Pesuruhjaya Mohd Fairul Aswan Salleh di talian 013-520 8426, 03-8870 0562 atau e-mel ke alamat fairulaswan.salleh@sprm.gov.my," katanya.

Sementara itu dalam kes kedua, SPRM Johor sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh, Md Jaharul Islam, 32, yang mempunyai alamat terakhir di rumah kongsi berdepan Kemayan City Jalan Besar, Skudai Johor Bahru, Johor.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Rawiah Kunji Mohamad di talian 012-750 2658, 07-231 6067 ataupun e-mel kepada rawiah@sprm.gov.my," katanya.

Dalam kes ketiga pula, SPRM Perak sedang mencari dua lelaki iaitu Allan Ngok Heng Loon, 38, dan Ng Peng Chai,51.

"Allan Ngok Heng Loon mempunyai alamat terakhir Taman Singa Baru, Sitiawan, Perak manakala Ng Peng Chai di Kampung Baru, Kampung Timah, Tanjong Tualang, Perak.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohd Dhiyauddin Nor Azminuddin di talian 016-2382390, 05-5267000 sambungan 131 ataupun e-mel kepada dhiyauddin@sprm.gov.my," katanya.

Artikel Berkaitan: