Dua lelaki didakwa bergaduh di medan selera

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah melakukan gaduh gempar di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah melakukan gaduh gempar di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan bergaduh di hadapan medan selera Rabu lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh, Johar Khamis,56, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan Tarmizi Ab Azizi 33, yang bekerja sebagai mekanik mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Teoh Shu Yee.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua lelaki tersebut didakwa bersama melakukan gaduh gempar.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan Medan Selera Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Taman Rambai Utama, Bukit Rambai kira-kira jam 5 petang pada 24 Jun 2020.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal menawarkan jaminan RM6,000, setiap seorang manakala kedua-dua yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakilkan Loong Meng Si merayu jaminan kedua mereka dikurangkan.

Shu Yee menetapkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan sebutan semula kes 7 September depan.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Polis tahan dua termasuk AJK taman bergaduh

Sebelum ini, rakaman video berdurasi satu minit 09 saat mengenai kejadian pergaduhan tular di media sosial Facebook.

Semalam, Sinar Harian melaporkan polis menahan dua individu termasuk seorang ahli jawatankuasa keselamatan taman susulan pergaduhan di Medan Selera Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Taman Rambai Utama petang semalam.

Artikel Berkaitan: