Polis tahan dua termasuk AJK taman bergaduh

Paparan skrin dari video tular sejak semalam menunjukkan seorang dipercayai peniaga terbabit mengalami kecederaan di muka.
Paparan skrin dari video tular sejak semalam menunjukkan seorang dipercayai peniaga terbabit mengalami kecederaan di muka.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Polis menahan dua individu termasuk seorang ahli jawatankuasa Taman Rambai Utama susulan pergaduhan di Medan Selera Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) taman itu di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahamad berkata, individu berusia 56 dan peniaga lelaki berusia 33 tahun ditahan di Jalan Kota Melaka.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pergaduhan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan ibu kepada peniaga berkenaan menegur seorang biro keselamatan persatuan taman yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

"Lelaki itu dikatakan tidak membenarkan peniaga pasar malam berniaga di kawasan berkenaan selagi tiada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak persatuan taman.

"Kemudian berlaku pertengkaran di antara ibu peniaga dan lelaki itu. Peniaga itu juga tidak berpuas hati kerana mendakwa lelaki berkenaan menyebut perkataan lucah kepada isterinya sebelum berlaku pergelutan di antara mereka berdua," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua individu mengalami kecederaan ringan dan polis bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat daripada orang awam dan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 160 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Rakaman video berdurasi satu minit 09 saat berhubung kejadian berkenaan tular melalui media sosial sejak semalam.

Artikel Berkaitan:

Dalam insiden itu, seorang lelaki dipercayai peniaga terbabit mengalami pendarahan di hidung dipercayai selepas bergelut dengan pengawal keselamatan itu.