X

Kindly register in order to view this article
!

Saifulanuar bantah keputusan pemilihan Mazlan, Bersatu Tebrau

Ahli-ahli Bersatu Tebrau melakukan bantahan terhadap keputusan pemilihan bahagian itu yang didakwa berlaku salah laku dalam sidang akhbar di Dewan NHI, Taman Daya, Johor Bahru hari ini. (Gambar kecil: Saifulanuar Yahya)
A
A

JOHOR BAHRU - Pemilihan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mazlan Bujang sebagai Ketua Bahagian Bersatu Tebrau didakwa sebagai tidak sah dan meragukan kerana berlaku salah laku dan terdapat unsur penipuan semasa pemilihan.

Bekas Timbalan Bersatu Bahagian Tebrau, Saifulanuar Yahya mendakwa, bukan sahaja status Mazlan tetapi juga mereka yang menang dalam pemilihan pemimpin lain peringkat bahagian itu termasuk sayap parti seperti Armada dan Srikandi.

"Semasa pemilihan bahagian Tebrau pada 15 Februari lalu berlaku salah laku kerana ada pihak mengatur keputusan pemilihan parti untuk kemenangan mereka. Berikutan itu pihak kami membuat bantahan tiga kali kepada Lembaga Disiplin dan Jawatankuasa Pemilihan Parti Bersatu pada 17, 19 dan Februari lalu.

"Semua bukti termasuk gambar dan salinan video sudah dihantar kepada Bersatu peringkat Pusat termasuk Presiden dan Setiausaha Agong parti tetapi sehingga kini tiada tindakan apa-apa dikenakan terhadap mereka," katanya dalam sidang akhbar di Dewan NHI, Taman Daya di sini hari ini.

Dalam pemilihan tersebut, Saifulanuar bertanding tiga penjuru untuk jawatan ketua bahagian itu dengan keputusan beliau memperoleh 87 undi, Mazlan (379) dan Norlihan Ariffin (52).

Katanya, salah laku tersebut jelas melanggar peruntukan perlembagaan parti mengikut Fasal 27 Peraturan Persidangan dan pihak Lembaga Disiplin Bersatu wajar menyiasat sebelum mengambil tindakan jika benar didapati bersalah.

Menurutnya, bantahan itu sudah berlangsung selama empat bulan dan jika kerana alasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkara tersebut tidak kukuh kerana bekas Pengerusi dan empat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu dipecat dalam tempoh itu.

Saifulanuar berkata, Bahagian Bersatu Pasir Gudang turut mengalami masalah sama dan pihak parti di peringkat Pusat menggantung keputusan pemilihannya hanya dalam masa seminggu tempoh bantahan dikeluarkan.

"Jadi dalam kes bahagian Tebrau mengapa tiada tindakan sedemikian? Bukan sahaja bahagian Tebrau dan Pasir Gudang tetapi bahagian Kulai dan Bakri turut menghadapi masalah," katanya.

Beliau berkata, terdapat enam bahagian yang masih belum bersidang kerana pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan supaya pemilihan ditangguhkan hingga Jun ini yang sepatutnya berlangsung dari Februari hingga Mac.

Tambahnya, jika pihak bertanggungjawab dalam parti tidak melakukan sebarang tindakan dalam tempoh seminggu ini, perkara tersebut akan dirujuk kepada pihak ROS supaya dibatalkan pemilihan itu sekali gus diadakan pemilihan semula.

Beliau turut menafikan terlibat dalam penyebaran video salah laku berkenaan yang tular dalam media sosial beberapa hari lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf