Covid-19: KKM lapor enam kes baharu hari ini

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak enam kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 8,596 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, empat daripadanya melibatkan penularan tempatan membabitkan rakyat negara ini manakala dua lagi kes import.

Menurutnya, daripada empat kes membabitkan rakyat tempatan, tiga daripadanya dikesan di Selangor.

"KKM mengesan masing-masing satu kes saringan pusat tahfiz, Kluster Kondominium Hulu Langat, Kluster Bukit Bintang dan satu kes lagi Kluster Tapak Pembinaan Kuching," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Selain itu katanya, sebanyak 244 kes masih dirawat di hospital ketika ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, dua kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

"Tiada yang memerlukan bantuan pernafasan manakala kes kematian kekal pada 121 kes selepas tiada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan," katanya.

Sementara itu, terdapat 45 kes telah pulih dan dibenar discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya adalah 8,231 kes bersamaan dengan 95.8 peratus.

Artikel Berkaitan: