Warga Myanmar dijel 10 bulan ceroboh hutan simpan

Tertuduh, Nithaweng (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini.
Tertuduh, Nithaweng (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang warga Myammar dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Sungai Petani selepas mengaku bersalah atas kesalahan menceroboh Hutan Simpan Bukit Perak, Pendang bulan lalu.

Tertuduh, Nithaweng, 20, dituduh memasuki kawasan hutan tertutup iaitu Kompartmen 38, Hutan Simpan Bukit Perak, Pendang tanpa memiliki lesen, permit atau apa-apa kebenaran yang sah.

Mengikut pertuduhan, perbuatan itu dilakukan pada 1 Mei 2020 lebih kurang jam 12 tengah hari di hutan simpan terbabit.

Dia didakwa mengikut Subseksyen 47(1) Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta313] di bawah Enakmen Perhutanan Negara 1985 dan boleh dihukum bawah Subseksyen 47 (4) akta yang sama.

Subseksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Hakim N Priscilla Hemamalini memerintahkan Nithaweng dihukum penjara selama 10 bulan penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 1 Mei lalu.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Mason Jaro Lenya Barayan.

Artikel Berkaitan: