Lelaki minta duit kontraktor ditahan

WhatsApp Image 2019-09-30 at 9.54.08 PM
WhatsApp Image 2019-09-30 at 9.54.08 PM
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki terlibat kes melakukan pemerasan ke atas kontraktor yang menjalankan kerja pengubahsuaian rumah di Taman Klang Utama di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, suspek berusia 38 tahun itu dipercayai melakukan jenayah pemerasan sejak Jumaat lalu.

"Pada kali pertama, suspek meminta RM50 daripada mangsa. Suspek kemudian meminta wang lagi daripada mangsa pada jam 4 pagi semalam.

"Suspek telah datang semula ke rumah tersebut pada jam 3.30 petang pada hari sama dan sekali lagi meminta wang sebanyak RM100 daripada kontraktor itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Nurulhuda berkata, mangsa enggan memberi wang kepada suspek dan terus menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

"Kita berjaya menangkap suspek, hasil pemeriksaan, kita menjumpai RM50 manakala selebihnya telah dibelanja oleh suspek," katanya.

"Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau berhubung kes jenayah dan satu kes dadah," katanya.

Katanya, suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Artikel Berkaitan: