Covid-19: Tiga kes baharu, sembilan pulih

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Terdapat tiga kes baharu positif Covid-19 direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membabitkan penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah itu, dua kes melibatkan warga asing dalam Kluster Pedas.

"Satu kes lagi terdiri daripada Kluster Mati Di Rumah (MDR) di Sabah yang membabitkan salah seorang ahli keluarga bagi kes ke 8506," katanya.

Menurutnya, tiada kes import dicatatkan hari ini.

"Pertambahan kes itu menjadikan jumlah positif Covid-19 di adalah sebanyak 8,590 kes dengan hanya 283 kes yang masih dirawat di hospital," katanya.

Beliau berkata, terdapat tiga pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi dan tiada yang memerlukan bantuan pernafasan.

"Kes kematian kekal pada 121 kes selepas tiada kematian berkaitan Covid-19 direkodkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, seramai sembilan pesakit Covid-19 telah pulih dan dibenar discaj dari wad hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 8,186 kes bersamaan 95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Sementara itu, KKM mengumumkan Kluster Gereja di Kuching telah tamat selepas pemantauan 28 hari mendapati tiada kes baharu direkodkan.

"Kluster ini merupakan salah satu kluster yang telah dikesan sejak awal wabak Covid-19 melanda negara ini iaitu pada 15 Mac 2020.

"Sehingga 23 Jun 2020, seramai 2,751 telah disaring dan didapati 191 kes yang positif," katanya.

Tambahnya, sebanyak 12 kes telah dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan terdapat tiga kes kematian dalam kluster tersebut.

"penularan kluster ini telah melibatkan sehingga limagenerasi dari pelbagai kawasan di Sarawak.

"Kini, kluster ini telah pun sampai ke pengakhirannya.

"KKM ingin mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS) serta semua petugas yang telah memberikan perkhidmatan masing- masing dalam segala aktiviti berkaitan kluster ini," katanya.