X

Kindly register in order to view this article
!

'Tak wajar Tun M jadi PM kali ketiga, tapi boleh bincang menteri mentor'

Anwar yang juga merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR ) itu turut menegaskan bahawa tidak wajar Dr Mahathir diangkat semula untuk menjadi sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga.
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbuka untuk berbincang mengenai kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad jika bekas Perdana Menteri itu bersedia dijadikan menteri kanan atau kedudukan yang seumpama dengannya.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR ) turut menegaskan bahawa tidak wajar Dr Mahathir diangkat semula untuk menjadi sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga.

"Mereka bercakap mengenai menteri kanan (atau) menteri mentor macam Lee Kuan Yew. Saya terbuka untuk perbincangan (mengenai hal itu)," katanya menjawab soalan Ketua Biro Channel News Asia (CNA) Malaysia, Melissa Goh dalam sesi temu bual dengan stesen CNA.

Video sesi temubual antara Anwar dan Melissa itu dimuat naik Ketua Biro CNA Malaysia itu sendiri melalui akaun Twitternya, malam tadi.

Dalam temu bual itu, Anwar juga ditanya mengenai cadangan agar Dr Mahathir dipilih sebagai calon Perdana Menteri pembangkang untuk menarik sokongan mencukupi bagi membolehkan Pakatan Harapan (PH) kembali menjadi kerajaan.

Anwar berkata, jika usul itu diterima, PH akan menghabiskan masa selama enam bulan sebagai kerajaan tanpa dapat memberikan perhatian kepada usaha reformasi sebaliknya berhujah mengenai pelbagai isu seperti tarikh peralihan kuasa dan kemungkinan rombakan Kabinet.

Menurutnya, kerajaan baharu mesti komited sepenuhnya kepada pembaharuan struktur.

"Pada pandangan saya beliau (Dr Mahathir) sudah menjadi Perdana Menteri dua kali. Sudah masanya untuk kita melangkah ke depan.

"Saya tegaskan bahawa ia bukan isu personaliti. Ia adalah mengenai peluang untuk permulaan baru untuk negara ini. Malaysia berhak mendapat yang lebih baik. (Ada) begitu banyak kekecewaan politik sekarang," katanya.

Dalam temu bual sama Ahli Parlimen Port Dickson itu juga dilaporkan berkata, PH mesti bersedia menghadapi kemungkinan berlaku Pilihan Raya Umum mengejut seawal Ogos ini dan yakin PH mampu memenangi PRU itu jika ia diadakan.

"Kita mesti sentiasa dalam sistem demokrasi mempercayai kebijakan rakyat," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!