Video Tik Tok bos Mydin sekali lagi curi tumpuan

Paparan skrin video TikTok menampilkan Ameer yang turut mendapat perhatian warganet.
Paparan skrin video TikTok menampilkan Ameer yang turut mendapat perhatian warganet.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin terus mencuri tumpuan umum apabila sekali lagi tampil dalam video menerusi aplikasi laman sosial, TikTok.

Kali ini, bos syarikat pemborong tempatan itu mencuba cabaran #sunglaseschallenge sempena sambutan Hari Bapa semalam.

Sebelum ini, perkongsian Ameer pernah tular di Twitter apabila beliau muncul dalam beberapa video TikTok.

Video pertama yang menarik perhatian umum ialah percubaan beliau dalam cabaran #WipeItDown.

Sehingga jam 7.30 petang tadi, perkongsian video #sunglaseschallange tersebut yang berdurasi 0:16 minit mendapat sebanyak 14,500 tanda hati daripada warganet.

Sebanyak 452 komen turut ditinggalkan pelayar yang rata-ratanya terhibur dengan aksi Ameer tersebut.

@azuan.khamis menulis, "Sporting lah bos. Macam ni baru happening. Happy Father's Day buat datuk and all the BOD" manakala @prettyseleen pula meninggalkan komen, "I'm smiling looking at this video. So cute all of them."

@danieldrag pula memuji, "Bukan main datuk menari buat challange. Jiwa muda. Terbaik."

Artikel Berkaitan:

@Lindachong pula menulis, "Datuk, you are look so happy. Btw Happy Father's Day."