Lebih 20,000 peluang kerja melalui Penjana HRDF

SARAVANAN- Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
SARAVANAN- Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

PUTRAJAYA - Lebih 20,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan menerusi Inisiatif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) atau dikenali sebagai Penjana HRDF.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, tawaran itu akan diberikan oleh 10 organisasi dan persatuan yang mewakili industri berkaitan untuk bekerjasama serta menawarkan peluang pekerjaan serta latihan kemahiran menerusi lima Inisiatif Strategik yang disediakan oleh HRDF itu.

Menurutnya, lima inisiatif tersebut adalah penempatan dan latihan, peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran baru, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembangunan B40 serta gerak insan gemilang atau (GIG).

"Saya difahamkan PSMB atau HRDF menyasarkan untuk menyediakan sebanyak 40,000 peluang pekerjaan di bawah inisiatif ini.

"Hari ini sebanyak 20,000 peluang pekerjaan telah pun sedia untuk ditawarkan," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Inisiatif Penjana HRDF di kementeriannya di sini hari ini.

Saravanan (dua dari kanan) membuat gimik pelancaran Inisiatif Penjana pada majlis yang berlangsung di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya semalam. Turut serta Nelson (dua dari kiri). Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
Saravanan (dua dari kanan) membuat gimik pelancaran Inisiatif Penjana pada majlis yang berlangsung di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya semalam. Turut serta Nelson (dua dari kiri). Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah PSMB, Datuk Nelsom Renganathan.

Melihat kepada perkembangan positif itu, beliau yakin lebih banyak lagi peluang pekerjaan dapat dihasilkan menerusi inisiatif berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Saya ingin menyeru agar lebih banyak majikan tampil untuk bekerjasama di bawah Inisiatif Penjana HRDF ini.

"Bagi mereka yang hilang pekerjaan ataupun graduan yang masih menganggur, ambillah peluang ini untuk mendapatkan pekerjaan di samping meningkatkan kemahiran diri agar kekal relevan dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar," katanya.