Kemukakan BNCP selewat-lewatnya 30 Jun ini: LHDN

LHDN
LHDN
A
A
A

SHAH ALAM - Semua pembayar cukai dalam kategori yang tidak menjalankan perniagaan perlu mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi Tahun Taksiran (TT) 2019 selewat-lewatnya 30 Jun ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam kenyataan hari ini memberi peringatan kepada semua pembayar cukai dalam kategori yang tidak menjalankan perniagaan agar berbuat demikian sehingga akhir bulan ini.

"Sehingga 15 Jun lalu sebanyak 2,175,596 borang nyata cukai bagi TT2019 telah diterima oleh LHDNM daripada pembayar cukai dalam kategori yang tidak menjalankan perniagaan.

"Daripada jumlah tersebut, pengemukaan secara e-Filing adalah sebanyak 2,139,360 atau merangkumi 98.33 peratus dan selebihnya adalah pengemukaan secara manual (borang kertas). Isi maklumat diri dan perbankan dengan tepat untuk kelancaran proses bayaran balik cukai.

"Pemprosesan bayaran balik cukai terlebih bayar sentiasa menjadi keutamaan LHDNM dalam memastikan setiap pembayar cukai yang layak akan menerima bayaran balik cukai mereka dalam tempoh ditetapkan," kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, bagi membantu LHDNM memproses setiap bayaran balik cukai terlebih bayar dengan lancar adalah dinasihatkan agar semua pembayar cukai mengisi maklumat yang tepat serta terkini dalam BNCP mereka.

Jelasnya, antara maklumat terkini dan penting yang diperlukan untuk kelancaran proses bayaran balik cukai terlebih bayar ialah nama penuh, nombor pengenalan diri, maklumat akaun bank yang aktif, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat e mel dan nombor pendaftaran pertubuhan (bagi pembayar cukai kategori pertubuhan).

Sementara itu, LHDNM turut menjelaskan, sebagai panduan berkenaan pengemukaan BNCP ini, pembayar cukai boleh merujuk Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2020.

Artikel Berkaitan:

"Bagi pembayar cukai individu, LHDNM turut menyediakan senarai pelepasan cukai bagi TT 2019 bagi membantu mereka mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pelepasan-pelepasan cukai yang boleh dituntut ketika mengisi BNCP. Senarai pelepasan cukai tersebut boleh diakses di portal rasmi Individu > Pelepasan Cukai">LHDNM," katanya.