NGO dialukan bantu golongan B40 di bandar

Dr Siti Mariah ketika menyertai program berbasikal Jom Jelajah Kampung dalam bandar di Kampung Tengah anjuran MPSJ hari ini.
Dr Siti Mariah ketika menyertai program berbasikal Jom Jelajah Kampung dalam bandar di Kampung Tengah anjuran MPSJ hari ini.
A
A
A

PUCHONG - Badan bukan kerajaan (NGO) dialu-alukan untuk membantu golongan B40 yang tinggal di kampung dalam bandar berikutan terdapat masih jauh ketinggalan dari segi taraf hidup dan ekonomi.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, golongan B40 yang tinggal di dalam kawasan kampung di tengah bandar ini memerlukan mentor untuk mereka meningkatkan motivasi diri.

"Golongan B40 yang tinggal di kawasan kampung di dalam bandar ini mempunyai akses yang mudah disebabkan tinggal di kawasan yang dikelilingi kemajuan dan peluang pekerjaan namun mereka tidak seiringan malah masih perlu dibantu terutama untuk meningkatkan hasil pendapatan.

"Saya mengalu-alukan NGO untuk membantu mereka dari segi bimbingan dan melihat persekitaran mereka untuk meningkatkan hasil pendapatan seperti tanaman secara kecil-kecilan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Jom Jelajah Kampung Dalam Bandar yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan di Kampung Tengah anjuran MPSJ di sini hari ini.

Menurutnya, ada antara golongan itu memiliki tanah untuk diusahakan namun mereka kurang pengalaman dan memerlukan bimbingan.

"NGO perlu memainkan peranan membantu memberikan motivasi kepada golongan B40 untuk meningkatkan hasil pendapatan selain sumbangan berbentuk fizikal," katanya.

Sementara itu, Dr Siti Mariah berkata, program berkenaan beliau berkata, program Jom Jelajah Kampung Dalam Bandar diadakan itu bertujuan membantu golongan B40 yang terjejas sekali gus menyahut seruan kerajaan 'stay at home'.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 14 keluarga menerima sumbangan berbentuk RM100 bagi setiap keluarga melalui Tabung Amal Covid-19.

"Difahamkan setakat ini sebanyak 194 penerima telah menerima bantuan hasil daripada sumbangan Tabung Amal Covid-19 MPSJ," katanya.