Sanggup terjun laut kembalikan semula anak ikan lumba-lumba

Seorang anggota polis memegang seekor anak ikan lumba-lumba terjun ke dalam laut di pantai Middelkerke, timur Belgium baru-baru ini. - Foto Facebook Polis Middelkerke
Seorang anggota polis memegang seekor anak ikan lumba-lumba terjun ke dalam laut di pantai Middelkerke, timur Belgium baru-baru ini. - Foto Facebook Polis Middelkerke
A
A
A

BRUSSELS - Seorang pegawai polis nekad meredah air laut yang sejuk untuk menyelamatkan seekor anak ikan lumba-lumba di timur Belgium baru-baru ini.

Menurut portal berita The Brussels Times pada 8 Jun lalu, haiwan itu diselamatkan di pantai Middelkerke.

Beberapa penduduk melihat anak ikan lumba-lumba itu pada kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan pada 7 Jun lepas, kata polis menerusi satu kenyataan di laman Facebook.

Seorang pakar dipanggil ke tempat anak ikan lumba-lumba itu yang mengalami kecederaan.

Haiwan itu terpisah dengan ibunya berikutan arus deras, kata kenyataan polis.

Seorang lagi anggota polis kemudian memutuskan untuk terjun ke dalam laut.

Anggota polis itu cuba untuk membantu haiwan tersebut bersatu semula dengan ibunya yang sedang menunggu anaknya.

Beberapa saksi berkata, pegawai berkenaan menanggalkan vestnya sebelum memegang anak ikan lumba-lumba tersebut dan terjun ke dalam laut.

Artikel Berkaitan:

"Selepas beberapa percubaan, anak ikan lumba-lumba itu berjaya kembali semula kepada ibunya," kata polis di laman sosial Facebook. - Agensi