PDRM siasat pemilik akaun Facebook 'Hannah Yeoh'

Hannah Yeoh - Foto Bernama Gambar kecil: Huzir
Hannah Yeoh - Foto Bernama Gambar kecil: Huzir
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia akan memanggil pemilik akaun Facebook ‘Hannah Yeoh’ bagi membantu siasatan berhubung kenyataan mempunyai kecenderungan menghasut dan mengapikan mana-mana golongan yang tular di Facebook.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan dilaksanakan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Pemilik akaun tersebut akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi menjelaskan tentang kenyataan yang ditularkan di Facebook kerana ia mempunyai kecenderungan menghasut dan boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoni.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Terdahulu, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh mengesahkan dirinya akan dipanggil memberi keterangan berhubung kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosialnya baru-baru ini.

Hannah menerusi laman Twitternya memaklumkan dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung satu catatannya sebelum ini yang mempersoalkan status Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur di bawah Timbalan Menteri sekarang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Artikel Berkaitan: