Tak catat suhu pelanggan, restoran diarah tutup

No Image Caption
A
A
A

TAIPING - Gara-gara tidak mencatat bacaan suhu pelanggan, sebuah restoran di Jalan Medan Simpang di sini diarah tutup serta-merta, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, dalam pemeriksaan dijalankan kira-kira jam 9.30 malam itu, premis terbabit didapati gagal mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ditetapkan.

"Pemeriksaan dilakukan sepasukan anggota pemantau Balai Polis Simpang bersama Unit Penguatkuasa Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

“Pemilik premis itu didapati tidak menggunakan alat pengukur suhu badan, buku pendaftaran tidak dikemas kini, malah ketika beroperasi, pemilik tidak menyediakan meja dalam jarak ditetapkan," katanya.

Menurutnya, arahan penutupan itu dibuat mengikut Seksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Arahan ini berkuat kuasa semalam sehingga pemilik premis mengambil tindakan memenuhi SOP yang ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan: