Cebisan tubuh wanita dalam perut buaya

Hasil pemeriksaan dalam abdomen buaya itu menemui beberapa bahagian badan manusia. - Foto: Daily Mail
Hasil pemeriksaan dalam abdomen buaya itu menemui beberapa bahagian badan manusia. - Foto: Daily Mail
A
A
A

KALIMANTAN - Beberapa anggota tubuh wanita ditemui di dalam perut seekor buaya setelah penduduk berjaya menangkap haiwan tersebut di sebuah sungai di Kalimantan Utara, Indonesia, di sini.

Mangsa dikenali Fatimah berusia 45 tahun diserang buaya ketika sedang memancing di sungai, lapor Daily Mail.

Kejadian itu juga disaksikan oleh rakan-rakan yang terkejut mendengar jeritan Fatimah.

Reptilia sepanjang hampir 6 meter itu menyambar tubuh Fatimah dan mengheret ke dalam air.

Sebaik mengetahui kejadian itu, penduduk membuatkan perangkap keesokan harinya.

Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Tarakan, Amiruddin berkata, operasi mencari mangsa dilakukan oleh penduduk dan polis sebaik menerima laporan serangan buaya.

"Setelah beberapa jam melakukan pencarian, pasukan Badan Mencari dan Menyelamat (SAR) akhirnya menjumpai badan dan kemudian kepala Fatimah di lokasi berhampiran.

"Kami juga berjaya memerangkap seekor buaya besar. Hasil pemeriksaan dalam abdomen buaya itu, kami menemui beberapa bahagian badan manusia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, beberapa anggota tubuh mangsa kemudian dibawa ke Tarakan sebelum diserahkan kepada keluarga.