X

Kindly register in order to view this article
!

Terima kasih PM: Pemuda UMNO

Kenyataan rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mendengar suara hati rakyat dalam isu pelantikan Eric Paulsen.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataannya itu turut berharap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah tidak lagi mengulangi kesilapan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Terima kasih kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana mendengar suara hati rakyat yang mempersoalkan pelantikan Eric Paulsen sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

"Diharapkan menteri ambil iktibar daripada episod ini untuk tidak lagi mengulangi kesilapan kerajaan PH terdahulu yang banyak melakukan kerosakan kepada asas-asas kerukunan negara lantaran tindakan mereka merobek dan berterusan mengenepikan kedudukan Islam dan bumiputera dengan membiarkan perlakuan mencabuli isu-isu perkauman dan agama,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebooknya hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Eric Paulsen bukan lagi ahli MPKM

Hari ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia memaklumkan peguam Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli MPKM.

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Kementerian itu pagi tadi.

Bagaimanapun, kata kenyataan itu lagi, keputusan tersebut tidak akan menjejaskan fungsi MPKM yang telah ditubuhkan pada 9 Jun 2020 lalu.

Justeru, MPKM akan terus berperanan membincangkan dan menasihati kementerian dalam pendekatan dan dasar berkenaan komunikasi dan multimedia.

Terdahulu, pelantikan Eric Paulsen mula dibangkitkan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari pada 14 Jun lalu, yang menggesanya ditarik balik.

Semalam, Asyraf pula mempersoalkan asas pelantikan itu seterusnya meminta Saifuddin tampil memberi penjelasan.

Asyraf mendakwa Eric Paulsen pernah mengguris hati orang Islam dengan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Islam antaranya mendakwa khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme pada 2015.

Turut senada dengan Asyraf ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Datuk Razali Idris yang turut mendakwa perkara sama.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!