Najib cadang Kit Siang jadi ‘Menteri Hal Ehwal Najib’

Paparan Facebook Najib.
Paparan Facebook Najib.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis mencadangkan supaya veteran DAP, Lim Kit Siang, memohon jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Najib.

Ini kerana, menurut Najib, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dilihat terlalu obses apabila sekurang-kurangnya sekali sehari membuat kenyataan berunsur serangan ke atas beliau menerusi akaun Facebook miliknya.

“Nampaknya, uncle ini masih tidak dapat mengawal obsesi dia terhadap saya.

Saya rasa ianya lebih baik jika Kit Siang terus minta untuk dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Najib.

“Bolehlah dapat kereta rasmi, gaji dan elaun Menteri. Malu apa?,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu lagi, dalam kenyataan terbaharunya, Kit Siang menyeru anak-anak Felda supaya kmencontohi chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang mengugut untuk menamparnya semalam.

“Setiap hari, Lim Kit Siang (林吉祥) akan mengeluarkan sekurang-kurangnya satu kenyataan untuk menyerang saya.

“Di dalam kenyataan terbaru beliau pagi ini, Kit Siang menyeru anak-anak FELDA untuk mencontohi Chef yang ugut nak tampar saya semalam dan dijadikan sebagai idola mereka,”katanya.

Artikel Berkaitan:

Memetik laporan Malaysiakini, Chef Wan yang berkempen di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai, Cameron Highlands semalam menyatakan rasa kecewanya kepada BN khususnya Najib kerana memberi imbuhan kepada peneroka Felda yang dianggapnya sebagai rasuah.

Beliau juga dilaporkan rasa ingin menampar Najib kerana disifatkan kurang ajar susulan tindakannya sebelum ini.

Bagaimanapun Chef Wan hari ini, tampil membuat permohonan terbuka melalui laman sosial Instagramnya selepas mendapat kritikan pedas daripada warganet.

[ARTIKEL BERKAITAN: Chef Wan minta maaf, mengaku dirasuk syaitan]