Kampung berusia 320 tahun menanti pembeli di Sweden

Inilah Kampung Saitra Brunn yang mahu dijual di Sweden. - Foto Firma Hartanah Christie's International
Inilah Kampung Saitra Brunn yang mahu dijual di Sweden. - Foto Firma Hartanah Christie's International
A
A
A

STOCKHOLM - Sebuah kampung Sweden yang berusia 320 tahun yang mempunyai sebuah gereja, sekolah dan spa musim panas semula jadi serta hotel kini sedia untuk dijual.

Menurut portal berita Daily Mirror pada 12 Jun lalu, pemilik kampung itu membuat keputusan untuk menjual kampung tersebut.

Pembeli boleh memiliki Kampung Satra Brunn itu jika membelinya pada harga lebih £6 million (RM32.11 juta).

Ketika dunia kembali beransur-ansur tidak lagi dikenakan perintah berkurung, ramai orang yang melayari laman web dan bercita-cita mahu memiliki sesuatu yang berbeza.

Kampung itu mempunyai lebih 70 bangunan hartanah.

Firma Hartanah Christie's International berkata dalam satu kenyataan: "ini merupakan peluang unik untuk mendapatkan kampung anda sendiri dengan akses kepada air panas yang boleh menyembuhkan termasuk sejarah uniknya "

Namun, pada abad ke-18, Kampung Satra Brum dijadikan gambar sempurna untuk pemandangan sesebuah kampung Sweden.

Kampung itu terletak cuma sejam setengah dari barat laut Stockholm. - Agensi

Artikel Berkaitan:

 Antara bangunan yang terdapat di Kampung Saitra Brunn, Sweden. - Foto Firma Hartanah Christie's International
Antara bangunan yang terdapat di Kampung Saitra Brunn, Sweden. - Foto Firma Hartanah Christie's International