23 tahun menanti zuriat pertama

Norehan mempunyai dua orang anak angkat, masing-masing berusia 13 dan 14 tahun.
Norehan mempunyai dua orang anak angkat, masing-masing berusia 13 dan 14 tahun.
A
A
A

SHAH ALAM - Setelah sekian lama berdepan tohmahan orang sekeliling dan dituduh mandul, kini seorang peniaga makanan, Norehan Sulaiman, 42, bersyukur apabila dikurniakan zuriat pertama selepas 23 tahun mendirikan rumah tangga.

“Saya dan suami tidak mandul kerana lepas dua tahun kahwin, kami berjumpa pakar dan pemeriksaan lanjut menunjukkan kami tidak mempunyai sebarang masalah pada sistem pembiakan.

“Namun pada masa itu kami belum ada rezeki nak timang anak sendiri. Macam-macam orang cakap tuduh kami mandul.

“Tak sangka umur dah 41 tahun baru hamil dan sekarang umur anak baharu masuk empat bulan selepas saya bersalin 8 April lalu secara pembedahan,” katanya yang menetap di Jalan Kebun dekat sini kepada Sinar Harian.

Norehan menimang cahaya mata pertama selepas 23 tahun hidup berumah tangga.
Norehan menimang cahaya mata pertama selepas 23 tahun hidup berumah tangga.

Tambah Norehan, pada mulanya dia hanya mengalami simptom seperti lesu, kurang selera makan dan kitaran haid tidak teratur.

Rentetan daripada itu, dia tergerak hati untuk membuat pemeriksaan air kencing menggunakan kit ujian kehamilan dan akhirnya keputusan menunjukkan ‘dua garis’.

Norehan dan suami pergi ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut sebelum disahkan hamil dengan usia kandungan enam minggu empat hari.

Artikel Berkaitan:

“Dahulu saya tidak mampu untuk memahami cerita yang dikongsi rakan berkaitan kehamilan, tetapi kini saya dapat merasai pengalaman ‘mabuk’, lesu dan tidak ada selera makan,” katanya.

Ujar Norehan, sebelum ini ketika perkahwinan mereka menganjak 10 tahun ini, dia dan suami mengambil dua anak angkat lelaki serta perempuan sebagai penyeri hidup yang kini berusia 13 dan 14 tahun.

“Saya dan suami sangat gembira kerana kedua-dua anak angkat sangat akrab dengan adik mereka, Aisy Mateen Mikhael Sohimy,” katanya.