Warga emas rugi RM14, 000 ditipu sindiket bantuan kebajikan

No Image Caption
A
A
A

KUCHING – Seorang warga emas berusia 67 tahun mengalami kerugian RM14,000 setelah terpedaya dengan sindiket penipuan Bantuan Kebajikan di daerah Betong semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata ketika kejadian wanita yang sedang menjaja di Pasar Tamu Betong itu didatangi seorang perempuan yang menawarkan bantuan kebajikan.

“Setelah diyakinkan oleh suspek, mangsa kemudian diajak menaiki sebuah kereta bersama dengan dua orang lagi suspek lelaki kononnya untuk mengambil bantuan kebajikan.

“Semasa di dalam kereta, suspek mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemas serta wang tunainya bagi menyakinkan pihak yang memberi bantuan bahawa mangsa adalah orang susah. Setelah itu, mangsa ditinggalkan di suatu tempat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mustafa berkata, orang awam dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan pihak yang menawarkan sebarang bantuan kebajikan, laporkan perkara tersebut di balai polis berdekatan jika meragukan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: