Sanchez kena mula belajar bersaing

Alexis Sanchez
Alexis Sanchez
A
A
A

Alexis Sanchez perlu merebut kembali tempatnya dalam kesebelasan utama Manchester United sekiranya mahu memperoleh minit perlawanan kembali.

Menurutnya pengendali The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer, penyerang skuad kebangsaan Chile itu masih tersenarai bersama kelab berkenaan, namun menegaskan bukan berada dalam kesebelasan utama.

"Di Manchester United tentu sahaja ada tempat dalam kalangan pemain bagus dan berkualiti itu tidak perlu dibimbangi pemain.

"Kini kelab berada pada tahap terbaik dan sedang menuju di landasan yang betul dalam usaha mencipta sesuatu. Jadi kita tunggu bagaimana kedudukan pengakhiran musim," katanya.

Pemain berusia 31 tahun itu sejak menyertai Manchester United dari Arsenal pada Januari 2018 bergelut meraih kepercayaan pengendali mengisi kesebelasan utama The Red Devils.

Sanchez yang hadir ke bumi Old Trafford dengan pakej pertukaran dengan Henrikh Mkhitaryan kini dipinjamkan bersama gergasi Serie A, Inter Milan.

Namun situasinya di San Siro bersama Nerrazurri kelab kendalian Antonio Conte juga tidak begitu menyerlah apatah lagi dimasukan sebagai pemain gantian ketika disingkirkan Napoli pada saingan Piala Itali sebelum ini.

Media melaporkan Inter menolak peluang untuk menandatangani Sanchez secara tetap bersama kelab itu.

Artikel Berkaitan:

Biarpun begitu, bekas bintang Barcelona yang bergaji 400,000 pound (RM2.14 juta) seminggu itu masih diberikan kepercayaan Solskjaer tersenarai dalam kem United musim ini.

“Status pemain di sini semuanya bergantung kepada pemain itu sendiri terutamanya komitmen dan persembahan mereka di padang.

"Ya, akan ada pemain datang dan pergi itu lumrah dalam bola sepak begitu juga yang berlaku di kelab ini.

"Ada ketika anda merasakan sesuai beraksi di sesuatu posisi kelab, tapi sebaliknya tidak serasi dengan pemain lain.

“Sekali lagi apa yang boleh saya katakan adalah fokus kami menamatkan saingan musim ini," katanya.

Manchester United dijangka kembali menyingkap tirai baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan berkunjung ke Stadium Tottenham menentang Tottenham Hotspur pada Sabtu ini.