X

Kindly register in order to view this article
!

Lima individu terlibat dalam aktiviti urut tanpa lesen sah ditahan

Antara wanita yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat urut di Kota Damansara.
A
A

PETALING JAYA – Seramai lima individu termasuk empat wanita warga asing disyaki menjalankan aktiviti urut tanpa lesen yang sah diberkas dalam serbuan di sebuah premis di Kota Damansara, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menahan seorang lelaki berusia 44 tahun di tepi jalan di Kota Damansara pada jam 8 malam.

“Kita mendapati di dalam telefon bimbitnya ada beberapa gambar wanita serta tulisan ‘Kota Damansara Massage Available’. Susulan daripada maklumat itu, kita menyerbu sebuah pusat urut dan menahan empat wanita berusia dalam lingkungan 31 hingga 41 tahun, dipercayai pekerja di premis berkenaan,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Nik Ezanee berkata, pihaknya menemui pelbagai jenis peralatan yang disyaki digunakan untuk aktiviti mengurut.

“Hasil semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai dua rekod lampau. Lelaki itu juga gagal menunjukkan lesen pusat urut yang sah dan direman dua hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua wanita itu pula ditahan reman 14 hari dan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!