Kalau was-was lapor polis: Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Orang ramai yang was-was dengan kehadiran petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kediaman mereka boleh membuat laporan kepada polis jika bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu boleh diambil sekiranya mereka tidak dihubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mengenai kedatangan petugas atau tidak mempunyai urusan berkaitan kesihatan.

"Kalau penghuni was-was atau tidak pasti ada pegawai yang datang ke rumah, mereka boleh menghubungi PKD atau polis untuk pengesahan.

"Kita sendiri tidak pasti sama ada betul atau sebaliknya kenyataan yang dikeluarkan di Facebook dan siasatan mendapati mendapati warga KKM (pasukan yang berkunjung ke sebuah rumah sehingga tular).

"Kalau boleh kita perlu menghubungi (pemilik kediaman) sebelum kakitangan KKM datang ke rumah," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu tular pegawai, van KKM hanya salah faham: Polis

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada KKM mempunyai prosedur operasi standard (SOP) tertentu bagi kakitangan yang ditugaskan ke rumah pesakit.

Terdahulu, hari ini tular mengenai video yang didakwa sekumpulan individu menyamar sebagai kakitangan KKM.

Artikel Berkaitan:

Dr Noor Hisham bagaimanapun menegaskan kakitangan dan kenderaan itu milik KKM dan laporan polis juga telah dibuat terhadap individu yang menyebarkan berita palsu itu.