Agong santap roti tempayan di kedai tepi jalan

PEKAN - Pekerja dan pelanggan di sebuah kedai roti tempayan di Pekan Pahang di sini dikejutkan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli bersantap di kedai itu hari ini.
Seri Paduka dikatakan dalam perjalanan dari Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih Ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Sungai Soi di sini namun baginda berkesempatan singgah menikmati santapan roti tempayan dengan mengenepikan protokol.

Perkongsian tersebut dimuat naik di Instagram istana negara 30 minit lalu juga memaparkan beberapa gambar Seri Paduka bersantap sendirian, namun kelihatan juga beberapa pelanggan yang turut berada di kedai terbabit.
Aksi bersahaja baginda menarik perhatian rakyat dan netizen juga menyifatkan baginda seorang Tuanku berjiwa rakyat.

Antaranya dari pengguna Instagram dikenali @fazlizainul berkata, "Tuanku seorang berjiwa besar."
Begitu juga dengan pengguna Instagram, @redza80, "Ini la dia Raja berjiwa rakyat, boleh makan di mana-mana sahaja."
Kata @shari, "Ampun tuanku, tuanku memang terbaik!."
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Tun M kongsi video solat Jumaat di Masjid Negara, warga maya titip doa
23 Oktober 2026 08:32pmJawatankuasa khas mafia korporat juga perlu teliti kes lama – Pengasas Abrar Group
23 Oktober 2026 06:55pmSPR tunggu pemakluman rasmi pembubaran DUN Sarawak
23 Oktober 2026 06:45pm'Kandungan promosi bukan hanya tanggungjawab pempengaruh' - CMCF
23 Oktober 2026 06:34pmProgram Jualan Agro Madani edisi ‘Pasar Klate’ bawa cita rasa Kelantan ke Lembah Klang
23 Oktober 2026 06:16pmPrabowo beri peringatan kepada negara hina Indonesia isu jerebu
23 Oktober 2026 11:05amUstaz Wadi Annuar terlibat kemalangan
23 Oktober 2026 08:25am'ALLAH jadikan muka saya seni' - Space Dollah selesa terima keunikan diri
23 Oktober 2026 07:50amWanita menangis tiga jam gara-gara permintaan tukar tempat duduk tidak dipenuhi
23 Oktober 2026 07:15am- Iklan -- Iklan -
