MAIS tawar sewaan kediaman serendah RM500 sebulan

MAIS membuka tawaran sewaan kediaman kepada golongan memerlukan.
MAIS membuka tawaran sewaan kediaman kepada golongan memerlukan.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membuka tawaran sewaan kediaman kepada golongan memerlukan dengan harga serendah RM500 sebulan.

Menerusi kemaskini di laman Facebook, MAIS berkata, tawaran sewaan kediaman yang dibuka di Wisma MAIS, Seksyen 13 itu bagaimanapun tidak termasuk bayaran bil-bil utiliti dan penyelenggaraan.

MAIS berkata, tawaran berkenaan terhad kepada 15 unit kediaman sahaja dan golongan memerlukan boleh memohon bagi mendapatkan inisiatif ini.

"Unit kediaman yang ditawarkan ini adalah berkeluasan 545 kaki persegi dengan tiga bilik dan dua tandas," katanya.

Mengulas lanjut mengenai syarat permohonan, MAIS berkata, pihaknya membuka tawaran itu kepada kakitangan awam yang berkhidmat di Selangor dengan pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.

Selain itu, MAIS berkata, pemohon juga seharusnya terdiri daripada mereka yang berkeluarga.

"Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 0192640631 (Arzlan) atau 03-551432187 (sewaan hartanah)," katanya.

Artikel Berkaitan: