Felda, Melaka dijangka mulakan latihan 22 Jun, Kedah 23 Jun

Liga Malaysia (Liga-M)
Liga Malaysia (Liga-M)
A
A
A

KEBANYAKAN pengendali pasukan dan kelab Liga Malaysia (Liga-M) teruja untuk memulakan kembali sesi latihan liga yang ditangguhkan sejak tiga bulan lalu akibat pandemik (koronavirus) Covid-19.

Ketua Jurulatih Felda United, Nidzam Jamil berkata, The Fighters memilih 22 Jun sebagai tarikh untuk semua pemain kembali memulakan latihan.

Nidzam Jamil
Nidzam Jamil

Katanya, tempoh berkenaan sudah memadai bagi persediaan skuad The Fighters itu untuk mengharungi baki saingan Liga-M yang dijadualkan bermula September depan.

“Kita juga berikan surat kepada semua pemain dan pegawai untuk hadir menjalani swab test, Rabu ini dan kita memilih 22 Jun kerana pertamanya kita hanya diberitahu mengenai kebenaran berlatih minggu lalu dan ini menyukarkan kita buat persiapan memulakan latihan.

“Lagi pun, persiapan kali ini sudah macam persiapan pra-musim dan kita tidak mahu terlalu lama kerana takut ada pemain yang cedera. Jadi 22 Jun sehingga tarikh jangkaan Liga-M bermula iaitu pada pertengahan Ogos atau awal September sudah mencukupi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Dalam perkembangan sama, Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak memaklumkan skuad Lang Merah itu akan menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini manakala barisan kejurulatihan dan staf pada Selasa sebelum memulakan latihan pada 23 Jun.

Artikel Berkaitan:

Aidil Sharin Sahak
Aidil Sharin Sahak

Malah Aidil turut memaklumkan bahawa mulai 15 Jun hingga 22 Jun, kerja-kerja sanitasi akan dijalankan di bilik persalinan pasukan, gimnasium dan keseluruhan stadium demi memastikan kebersihannya terjamin sebelum saingan Liga-M, bermula kelak.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan berkata, semua pemain Melaka United (MU) bakal menjalani ujian saringan kesihatan pada Selasa.

Katanya, ia bagi memastikan semua mereka bebas daripada pandemik Covid-19 sebelum dijangka kembali memulakan latihan pada 22 Jun.

Zainal Abidin Hassan
Zainal Abidin Hassan